fbpx

PRN JOHOR : BN hampir pasti rampas kerusi DUN Gambir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Keputusan tidak rasmi menunjukkan Barisan Nasional (BN) hampir pasti memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir yang sebelum ini disandang Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi BN telah memperoleh 7,747 undi berbanding PN memperoleh 4,674 undi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) 4,208 undi dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) 215 undi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerusi DUN berkenaan dimenangi oleh Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Muhyiddin yang ketika itu bertanding menggunakan logo PKR memperoleh 10,280 undi bagi menewaskan dua calon lain di kerusi DUN tersebut.

Manakala, calon BN, Datuk M. Asojan memperoleh 7,192 dan calon Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed sekadar memperoleh 1,806 undi.

Muhyiddin bagaimanapun tidak bertanding dalam PRN Johor kali ini sekali gus tidak mempertahankan kerusi DUN Gambir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI