fbpx

PRN Johor : MCA umum telah menangi tiga kerusi DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong.

PETALING JAYA – MCA mengumumkan parti itu telah berjaya memenangi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor setakat pukul 8.50 malam ini.

Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, calonnya yang mewakili BN telah menang di DUN Yong Peng, Pekan Nenas dan Paloh yang sebelum ini disandang parti lawan termasuk DAP.

“Setakat ini MCA telah memenangi DUN Yong Peng (Ah Soon), DUN Pekan Nenas (Tan Eng Meng) dan DUN Paloh (Lee Ting Han). Tahniah,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook sebentar tadi.

Kemenangan calon MCA itu lebih memeranjatkan bagi DUN Yong Peng kerana kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dimenangi calon DAP, Chew Peck Choo dengan majoriti undi 5,089. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI