PETALING JAYA – Satu-satunya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) sebelum ini dilaporkan turut tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini.
Kerusi DUN Bukit Pasir yang sebelum ini dimenangi calon Pas, Najib Lep dengan mendapat 9,835 undian mengalahkan pesaingnya dari Barisan Nasional (BN), Noriah Mahat dengan majoriti 1,883 undian.
Ketika ini, calon BN, Mohamad Fazli Mohamad Salleh sedang mendahului calon-calon lain dengan 3,099 undian. – KOSMO! ONLINE