fbpx

PRN Johor : Kem PN hambar, kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Pusat Operasi PN di Hotel Impiana, Senai, lengang.

KULAI – Pusat Operasi Perikatan Nasional (PN) kelihatan hambar seakan memberi gambaran tidak ada apa-apa berlaku sedangkan proses membuang undi telah tamat lebih dua jam yang lalu.

Pusat Operasi PN dilihat kosong dan tidak kelihatan seorang pun pemimpin gabungan parti tersebut baik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahupun Pas dan Gerakan berada di pusat berkenaan.

Yang dilihat mengisi ruang dewan di Hotel Impiana senai, di sini hanyalah pengamal media serta kelompok kecil penyokong PN.

Tiga skrin besar yang disediakan di ruang hadapan dewan berkenaan hanya memaparkan laporan siaran langsung siaran televisyen swasta.

Kesemua individu yang berada di dewan tersebut tidak tahu sebarang perkembangan semasa serta kehadiran pemimpin tertinggi gabungan tersebut dan hanya menunggu dengan penuh sabar.

Pihak media difahamkan program yang sepatutnya bermula pukul 8 malam hanya akan bermula pada pukul 9 malam.

PN yang bertanding di kesemua 56 kerusi dilihat seperti sudah menerima nasib mereka apabila tidak ada pergerakan mahupun perkembangan semasa di mana-mana kerusi ditandingi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI