fbpx

PRN Johor: Pusat operasi PH lesu, hanya main lagu nasyid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pusat operasi PH masih lengang tanpa kehadiran kepimpinan tertinggi dan juga jenteranya, di Hotel Le Grandeur, Senai, di sini.

JOHOR BAHRU – Pusat Operasi Pakatan Harapan (PH) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini masih kosong setakat pukul 7 petang tadi, seolah-olah memberi bayangan pakatan itu sudah mengetahui nasib mereka yang bakal menimpa.

Berdasarkan bacaan undi tidak rasmi, Barisan Nasional (BN) dilihat telah mendahului dengan majoriti lebih 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Daripada keputusan tidak rasmi, BN dilihat seolah-olah sudah bersiap sedia dengan sambutan kemenangan apabila dijangka bakal mengulangi pencapaian mereka dalam PRN Melaka lalu.

Sementara itu, di pusat operasi PH, petugas media lebih ramai jika dibandingkan dengan kepimpinan PH dan penyokong mereka yang setakat ini hanya Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke yang telah tiba.

Ruangan pusat operasi berkenaan pula tidak menayangkan keperluan tidak rasmi PRN Johor melalui ‘score board’ sebaliknya memainkan alunan lagu-lagu nasyid.

Situasinya berkenaan memberi ‘vibe’ sedikit pelik apabila difikirkan bahawa parti komponen PH terdiri daripada PKR, DAP dan juga Parti Amanah Negara (Amanah).

Berdasarkan sumber, individu yang mengawal sistem audio berkemungkinan besar merupakan penyokong Amanah dan lagu-lagu nasyid tempatan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI