fbpx

PRN Johor: Pemimpin BN beri bayangan kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

PETALING JAYA – Beberapa pimpinan Barisan Nasional (BN) mula memberi bayangan parti itu telah beroleh kejayaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung hari ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan PRN Johor adalah cerminan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Alhamdulillah apa pun keputusan Insya-Allah yang positif kepada PRN Johor. Mudah-mudahan ini memberi gambaran, komitmen dan iltizam kepada seluruh jentera, pemimpin dan akar umbi serta para pengundi yang belum menjadi ahli UMNO untuk bersama UMNO dan BN terus bangkit.

“Hanya BN boleh memberi kestabilan dan kita mengharapkan sokongan rakyat. Saya ucapkan terima kepada kepada jentera BN dari seluruh negara,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik di Facebook beliau sebentar tadi.

Terdahulu, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dalam satu hantaran di media sosial memaklumkan parti yang lebih baik bakal terpilih untuk mentadbir negeri Johor.

Justeru, katanya, beliau berterima kasih kepada pengundi Johor kerana memiih BN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI