fbpx

PRN Johor : Pusat mengundi ditutup 2 petang jadi tanda tanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa pengundi dilihat menuju ke sebuah pusat mengundi yang didakwa ditutup seawal pukul 2 petang di Bekok, Segamat hari ini.

SEGAMAT – Beberapa pusat mengundi di sini dipercayai ditutup seawal pukul 2 petang tanpa sebarang notis atau alasan yang munasabah daripada pihak yang bertanggungjawab.

Calon DAP Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekok, M. Kanan mendakwa, tiga pusat mengundi ditutup pukul 2 petang sementara satu lagi ditutup pada pukul 4 petang.

“Saya terkejut dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menutup pusat mengundi lebih awal kerana jumlah pengundi yang rendah. Apakah rasional di sebalik keputusan SPR ini?

“Mereka sepatutnya membuka semua pusat mengundi sehingga pukul 6 petang kerana itu hak setiap pengundi yang masih belum keluar mengundi.

“Ada dalam kalangan pengundi yang bekerja hari ini mungkin akan keluar mengundi pada sebelah petang atau mungkin masih dalam perjalanan pulang untuk mengundi,” dakwanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, seorang petugas di salah sebuah pusat pengundian terbabit memaklumkan bahawa SPR telah pun membuat notis awal kepada calon yang terlibat bahawa pusat mengundi akan ditutup awal.

Menurut seorang petugas tempat mengundi itu, tiga pusat mengundi yang telah ditutup ialah PDM Ladang Kempas, Ladang Getah Eldred Bekok dan Kampong Jawa Chaah manakala PDM Chaah Timur pula ditutup pada pukul 4 petang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI