PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) dipercayai sedang mendahului kiraan undi di 34 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
Dakwaan itu dibuat oleh Ketua Pemuda BN, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu hantaran di Facebook sebentar tadi.
“Alhamdulillah, BN sedang mendahului di 34 kerusi DUN. Moga-moga Allah memberikan kemenangan kepada BN. InsyaAllah,” katanya. – KOSMO! ONLINE