fbpx

Hadiah istimewa rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizan melancarkan buku terbaharu pada majlis Titanium Gala Awards di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PADA Isnin lalu, di Titanium Gala Awards yang meraikan dan mengiktiraf perkembangan luar biasa usahawan Titanium RichWorks, saya melancarkan buku terbaru ini, AFPBangkit Bisnes Dari Krisis : Solusi Bisnes & Pemasaran Digital.

Ini hadiah saya buat rakyat Malaysia terutama bangsa usahawan.

Saya tulis buku ini untuk berkongsi pengalaman bagaimana dapat membantu usahawan-usahawan di bawah RichWorks bangkit walaupun ketika krisis.

Hadiah ini untuk mereka di luar sana yang nak bangkit daripada krisis dengan cepat dan diharap ia sedikit sebanyak dapat menjadi ‘Waze’ buat anda.

Sebanyak 10,000 naskhah buku akan diberi secara percuma. Anda hanya perlu buat bayaran penghantaran RM15 bagi mereka di Semenanjung dan RM20 (Sabah & Sarawak).

Layari richworks.com/bukubangkit untuk dapatkan buku anda.

Baru-baru ini, saya mendapat berita gembira selepas permohonan untuk mengikuti Executive Master in Business Administration (EMBA) dalam kepakaran Kepimpinan Strategik Korporat, IMD Business School di Lausanne, Switzerland sudah pun diterima.

Saya sangat bersyukur kerana diterima masuk untuk mengikuti program selama sekitar 18 bulan itu di institusi pengajian yang berada pada ranking top 5 business school.

Meskipun sudah melahirkan dan metamorfosis bisnes, malah kehidupan ratusan ribu orang sejak RichWorks ditubuhkan pada 2008, saya tak berhenti belajar dan upgrade diri bagi mencapai design perkembangan kejayaan yang disasarkan.

Kita perlu rancang apa kejayaan yang hendak dicapai, di mana sasaran kedudukan kita dalam 3, 5 dan 10 tahun lagi.

Bisnes tak perlu belajar?

Saya sedih bila lihat ramai orang tak nak belajar walaupun sudah bertahun-tahun bisnes masih di tahap sama.

Termasuk juga mereka yang baru berbisnes, lebih gemar langgar dinding, ‘try and error’ sahaja.

Mereka mencuba pelbagai cara untuk cari jawapan sendirian berbanding dapatkan bimbingan mentor yang betul, ada results dan dapat elakkan kesilapan besar dalam bisnes.

Itulah shortcut untuk seseorang itu membina bisnes berjaya.

Tapi ramai ‘suka’ lakukan sendiri, buat hanya apa dia tahu yang menyebabkan dia dapat hasil pada tahap itu saja.

“Tahap ilmu yang anda ada, menentukan tahap pendapatan anda.”

Untuk menjadi atlet kelas dunia, anda perlukan latihan, ilmu dan strategi yang betul ditambah komitmen tinggi.

Mereka tak belajar sendiri-sendiri, pasti ada jurulatih agar dapat lihat blindspot dan ‘dinding’ yang boleh dielakkan.

Bekas pemain badminton nombor 1 dunia seperti Datuk Lee Chong Wei pun ada jurulatih. Beliau tak terus jadi juara, sebaliknya atas bimbingan jurulatih bersama komitmennya membuatkan dia mampu berjaya.

Kenapa dalam bisnes tak buat seperti itu, anda rasa bisnes ini mudah?

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI