fbpx

Ramai tawar jadi pembantu rumah lepas baca iklan gaji RM3,800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran seorang pengguna yang memuat naik iklan di Facebook untuk mencari pembantu rumah.

PETALING JAYA – Perkongsian seorang pengguna media sosial sedang mencari pembantu rumah di Shah Alam mencuri perhatian orang ramai apabila rata-ratanya tertarik dengan gaji yang ditawarkan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di portal Maid In Malaysia, individu bernama Denise Chong menawarkan gaji RM3,800 sebulan dengan memperuntukkan sehari cuti dalam seminggu bagi pekerjaan pembantu rumah.

“Skop tugas adalah menjaga dua anak berusia 10 dan enam tahun selain boleh memasak dan mengemas rumah,” tulisnya menerusi hantaran di Facebook baru-baru ini.

Sehubungan itu, pelbagai reaksi diberikan pengguna di ruangan komen dan ramai yang menawarkan diri untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut kerana gaji yang diberikan lebih tinggi daripada pendapatan seorang graduan.

“Banyak juga gaji yang ditawarkan, macam mana nak hantar resume, perlu pengalaman ke dalam bidang pembantu rumah atau terbuka kepada sesiapa sahaja?” soal Azmida Rahim.

“Saya kerja dah lima tahun syarikat tak bayar gaji sebanyak itu, penat (bekerja) kalah pembantu rumah, boleh saya cuba untuk jawatan tersebut?” ujar Mohd. Fahmi.

“Pembantu rumah lelaki boleh tak? saya macam berminat, sekarang ini pun dah dua bulan tak ada kerja,” luah Quzairi Sapiee. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI