Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR PUTRAJAYA – Kerjaya di awan biru yang dibina seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS) selama dua tahun berakhir apabila kontrak perkhidmatannya tidak dapat disambung syarikat akibat impak daripada penularan pandemik Covid-19. Maliah Md. Noor, 27, kini terpaksa melupakan seketika kerjaya impiannya, sebaliknya meneruskan survival hidup dengan menjadi jurujual kenderaan sejak 4 Ogos lalu. Bagaimanapun, dia mengakui masih rindu dengan tugasnya sebagai kru terutama ketika mengendalikan penumpang dalam pesawat yang mengelilingi dunia. “Detik paling seronok tentulah apabila……














