fbpx

Mawar Rashid sedih ‘ditinggalkan’ suami tunai umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIARPUN tidak dapat menyertai suami mengerjakan umrah sekarang, namun Mawar akan ke Tanah Suci bersama keluarga pada hujung tahun ini.

PETALING JAYA – Pelakon Mawar Rashid sedih gara-gara tidak dapat mengikut suaminya, Raf Yaakob menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Mawar atau nama lengkapnya Wan Mawar Shahputri Wan Abdul Rashid tidak dapat turut sama mengikut Raf mengerjakan umrah kerana perlu menjaga anak-anak.

“Rasa gembira bercampur sedih kerana tidak dapat ikut (mengerjakan umrah). Cemburu sebab Raden (suaminya) dapat beramal bersama jemaah dan tok guru kami, Abuya.

“Saya tidak dapat ikut sebab anak-anak tiada orang jaga,” katanya.

Dalam hantaran itu juga, Mawar memberitahu akan berpisah jauh buat sementara waktu dengan suaminya tercinta selama lebih kurang tiga minggu.

Walaupun tidak dapat mengerjakan umrah bersama-sama suami, pelakon berusia 27 tahun itu tetap berasa gembira kerana sudah merancang untuk ke Tanah Suci bersama keluarga pada hujung tahun ini.

“Semoga doa kami termakbul untuk sampai ke sana (Mekah). Saya doakan siapa sahaja yang impikan untuk sampai ke Mekah juga akan termakbul.

“Selamat menunaikan ibdah dan semoga dikurniakan umrah yang mabrur untuk suamiku tercinta,” kata Mawar.

Sekadar info, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Rafael dan Rosabella yang masing-masing berusia empat dan dua tahun. –
KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI