fbpx

PRN Johor: ‘Berdebar lain macam mengundi kali ini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norliza membuang undi di SK Bandar Easter, Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Tiga kali melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi, calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Lama, Norliza Noh tidak menafikan undian dilakukan kali ini terasa lain debarannya.

Beliau selesai membuang undi pada pukul 8.30 pagi tadi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Easter, di sini.

Katanya, beliau berharap agar pengundi di kawasan DUN berkenaan dapat keluar mengundi seawal yang mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab demokrasi.

“Hari ini debaran lain macam tiga kali undi memang sangat-sangat mendebar. Mungkin disebabkan ini adalah Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tak macam pilihan raya umum.

“Tapi alhamdulillah saya selesai jalankan tanggungjawab buang undi. Saya harap penduduk akan keluar undi awal kita nak pastikan pengundi putih keluar awal kalau boleh nak habiskan sebelum tengahari,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Norliza yang merupakan calon muka baru ditampilkan BN berkata, beliau merasa yakin BN akan meraih kemenangan di kedua-dua kerusi DUN Johor Lama dan DUN Sedili ekoran kerja keras yang dilakukan bersama jentera selama 14 hari.

Kerusi DUN Johor Lama menyaksikan saingan empat penjuru antara Norliza, Alias Rasman dari Perikatan Nasional, Mohd Shukor Ahmad, Parti Pejuang Tanahair juga Omar Mokhtar A Manap dari PKR.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI