fbpx

PRN Johor : 2,539,606 tentukan siapa bentuk kerajaan negeri baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 4,638 saluran dibuka bermula pukul 8 pagi sehingga 6 petang.

JOHOR BAHRU – Selepas 14 hari berkempen sejak hari penamaan calon, 26 Februari lalu, akhirnya hari penentuannya tiba hari ini apabila 2,539,606 pengundi biasa membuang undi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Hari ini, rakyat Johor akan memilih siapakah 56 wakil rakyat yang bakal mewakili 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini sekali gus teka-teki siapakah bakal Menteri Besar Johor yang baharu dan parti mana yang akan membentuk Kerajaan Negeri, akan terjawab.

Seramai 239 calon mewakili 11 parti termasuk bebas masing-masing sudah melakukan yang terbaik bagi merayu dan meraih undi rakyat sebelum semuanya berakhir tepat 11.59 malam tadi.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, sebanyak 4,638 saluran dibuka bermula pukul 8 pagi sehingga 6 petang.

“SPR menasihatkan pengundi agar keluar mengundi mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan seperti mana yang tercatat pada aplikasi MySPR Semak.

“SPR juga ingin mengingatkan kepada para majikan supaya membenarkan pekerja mereka keluar mengundi sepertimana diperuntukan di bawah Seksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya.

Ikmalrudin berkata, seramai 2,539,606 pengundi biasa bakal mengundi untuk memilih wakil rakyat di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tinjauan Kosmo! beberapa pusat pengundian mendapati orang ramai mula beratur seawal 7.30 pagi meskipun proses pengundian dibuka tepat pukul 8 pagi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI