fbpx

Brighton bakal mangsa amukan Salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH mahu menamatkan kemarau jaringan menjelang aksi menentang Brighton di Stadium Amex malam ini. – AFP

LIVERPOOL – Bintang Li­verpool, Mohamed Salah mahu menebus kekecewaannya ketika menentang Inter Milan dengan sasaran menjaringkan gol ke atas Brighton menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Amex malam ini.

Salah, 29, dilihat gagal berada pada tahap prestasi sebenar apabila menyaksikan The Reds tewas 0-1 kepada Inter di Anfield dalam aksi timbal balik pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara awal pagi kelmarin.

Kekalahan itu tidak menjejaskan peluang Liverpool yang mara ke suku akhir menerusi keputusan agregat 2-1 selepas terdahulu menang 2-0 ke atas Inter di San Siro sewaktu aksi pertama.

Justeru, Salah berjanji akan bangkit mengukir nama sebagai penjaring dan menamatkan kemarau gol dalam empat perlawanan berturut-turut sejak meledak dua gol ketika menewaskan Leeds pada 24 Februari lalu.

“Saya kecewa kerana percubaan saya beberapa kali terkena tiang gol. Saya lega kerana pasukan tetap berjaya melangkah ke pusingan seterusnya.

“Namun, untuk perlawanan seterusnya, saya akan pastikan saya dapat menjaringkan tiga gol bagi menebus kekecewaan ini,” katanya.

Mesin gol skuad antarabangsa Mesir itu dijangka mampu kembali menjaringkan gol berdasarkan kerapuhan benteng pertahanan Brighton yang tewas empat perlawanan berturut-turut.

Sebagai rekod, Salah kini mendahului carta penjaring terbanyak EPL dengan 19 gol, tujuh mengatasi dua pencabar terdekat yang juga rakan sepasukannya iaitu Sadio Mane dan Diogo Jota masing-masing dengan 12 jaringan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI