fbpx

Kelantan FC pertaruh Fadel untuk robek gawang PJ City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FADEL (tengah) bakal menjadi senjata baharu Kelantan untuk merobek gawang PJ City pada aksi Piala FA Ahad ini. – TRW

KELANTAN FC mempertaruhkan penyerang import Lebanon, Fadel Antar untuk merobek gawang Petaling Jaya (PJ) City pada aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Ahad ini.

Pengendali Kelantan, Rezal Zambery Yahya mengakui Fadel mempunyai karakter tersendiri, namun beliau tidak mahu bergantung harap kepada pemain berkenaan sahaja.

“Bagi saya, kesebelasan pemain di atas padang nanti perlu bekerjasama sebagai satu pasukan semasa bertahan dan ­menyerang.

“Kerajinan itu sangat dititikberatkan bagi memastikan kita mampu melakar keputusan positif pada aksi tersebut nanti,” katanya.

Rezal memberitahu, bertemu PJ City bukan tugas mudah memandangkan lawan dibarisi pemain tempatan berkualiti dan lengkap di segenap posisi walaupun tanpa kehadiran tonggak import.

Katanya, barisan pemain skuad The Red Warriors (TRW) perlu bijak memanfaatkan setiap peluang terhidang untuk menjaringkan gol.

“Kita perlu menang perlawanan ini kerana tiada aksi timbal balik. Pemain TRW perlu mempamerkan aksi yang lebih bertenaga dan mengimbangi perlawanan nanti,” ujarnya.

Rezal berkata, persiapan TRW ketika ini berjalan sangat lancar apabila semua barisan pemain bebas daripada sebarang kecederaan.

Katanya, selain itu, Kelantan FC sedang menyusun ramuan terbaik untuk berdepan PJ City bagi memastikan kemenangan berpihak kepada TRW.
Selain Fadel, Kelantan FC turut dibarisi dua lagi penggempur iaitu Kervens Belfort dan Nixon Guyherme.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI