fbpx

Suspek tembak pengawal keselamatan berjaya diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai dan rakan memberi bantuan kepada salah seorang mangsa yang ditembak dalam kejadian berdekatan sebuah bank di Puchong Prima, di sini hari ini.

SUBANG – Seorang suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian rompakan hingga menyebabkan seorang pengawal keselamatan terbunuh dan rakannya cedera berdekatan sebuah bank di Puchong Prima, di sini berjaya diberkas petang tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, lelaki tempatan yang berusia 30-an itu berjaya diberkas di sekitar kawasan Shah Alam kira-kira pukul 7 malam.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek bergerak seorang diri.

“Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kejadian tersebut,” ujarnya.

Salah seorang pengawal keselamatan yang parah dalam kejadian tersebut.

Terdahulu, KOSMO! ONLINE melaporkan seorang pengawal keselamatan maut manakala rakan sekerjanya cedera akibat ditembak dalam kejadian rompakan berdekatan sebuah bank di Puchong Prima, dekat sini hari ini.

Siasatan awal mendapati kedua-dua pengawal keselamatan itu sedang membawa sejumlah wang dan mereka dikatakan sedang mengawal van keselamatan ketika kejadian.

Suspek yang menembak kedua-dua mangsa dipercayai berjaya meloloskan diri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI