NETIZEN sekali lagi menitiskan air mata selepas menonton sebuah video memaparkan Shuib bertanya anak ketiganya, Ariq Matin di manakah Allahyarham Siti Sarah.
“Nak tanya, ibu ada di mana? Rindu ibu?” soal Shuib.
Tanpa berselindung, Matin mengakui dia sangat merindui ibu tercinta yang disahkan meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu.
Jawab Matin: “Ibu ada di syurga. Mestilah rindu.”
Jawapan ringkas tersebut seterusnya membuatkan ramai netizen sebak dan menitiskan air mata.
“Bila sentuh je bab ibu (Siti Sarah), air mata secara automatik mengalir,” kata netizen.
Video sayu dua beranak tersebut telah ditonton sebanyak 1.6 juta kali dan meraih lebih 200,000 tanda suka.