fbpx

Selebriti warnai arena politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA selebriti yang mendekati politik sebagai cabang perjuangan mereka.

SETELAH hampir sebulan setiap calon bertanding berkempen berhabis-habisan, hari ini berlangsungnya Pilihan Raya Negeri ke-15 bagi negeri Johor.

Bercakap mengenai dunia politik yang pastinya jauh berbezanya dengan arena hiburan, namun perkara tersebut tidak menghalang segelintir selebriti untuk terjun berbakti kepada masyarakat.

Tidak setakat Malaysia bahkan di negara-negara luar, trend selebriti dan golongan seni bertukar angin ke arena politik bukannya satu perkara baharu dan pelik.

Antara nama selebriti popular yang pernah bertukar angin dan menyertai politik di negara masing-masing termasuklah pelakon popular Datuk Dira Abu Zahar, penyanyi Herman Tino, Datin Anne Ngasri, Dayangku Intan, Pasha Ungu, Mulan Jameela, Kris Dayanti, Giring Nidji, Arnold Schwarzenegger dan ramai lagi.

Bukan sekadar mahu melontarkan pandangan, pendapat serta kecenderungan minat kepada sesuatu parti, ramai juga dalam kalangan selebriti yang serius membabitkan diri dalam politik bertindak meninggalkan dunia seni secara total.

Sempena demam dan kehangatan pilihan raya yang hangat diperkatakan di negara kita ketika ini, Gala minggu ini membawakan anda beberapa senarai selebriti tempatan dan dunia yang pernah melibatkan diri dalam kancah politik.

Ahmad Dhani

Pemuzik dan penyanyi kontroversi terkenal Indonesia, Ahmad Dhani antara yang mencuri tumpuan apabila menunjukkan minat mendalam terhadap dunia politik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Niatnya menyertai politik hanyalah satu iaitu untuk menggantikan Basuki Tjahaja Ppurnama sebagai Gabenor Jakarta sekitar enam tahun lalu.
Buktinya, dia telah mendapat persetujuan bagi menyertai dan bertanding bawah Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) dan Gerakan Pemuda Ansor (GP Ansor).
Tidak setakat itu, ketua kumpulan Dewa 19 itu turut menunjukkan kesungguhan terhadap parti politik apabila sanggup menjual rumah, kereta dan barang peribadi kesayangannya demi merancakkan rencana politiknya.

Clay Aiken

Bekas peserta American Idol, Clay Aiken baru-baru ini mengumumkan bakal bertanding pada Kongres di North Carolina, negeri tempatnya dilahirkan dan dibesarkan pada 17 Mei nanti.

Percubaan tersebut juga bukanlah yang pertama kali dilakukan kerana sekitar 2014, dia pernah bertanding dan memenangi pemilihan Kongres demokrat Republikan 2014 di negeri kelahirannya. Dia tewas dalam Pilihan Raya Umum pada tahun sama namun minatnya dalam arena politik tidak terkubur di situ.

Amitabh Bachchan

Aktor legenda Bollywood, Amitabh Bachchan memegang jawatan sebagai ahli politik sejak 2015 lalu.
Pelakon berusia 72 tahun itu telah menyertai parti Kongres Kebangsaan India bersama isterinya, Jaya Bachchan yang diketuai oleh Rajiv Gandhi.
Rajiv Gandhi pada ketika itu adalah Perdana Menteri India.

Penglibatan bapa Abhishek Bachchan itu dalam dunia politik bagaimanapun hanya sekerat jalan selepas terhimpit banyak skandal rasuah Bofors yang melibatkan ahli keluarganya.

Datuk Aishah

Penyanyi Janji Manismu, Datuk Aishah mula aktif menyertai politik di Malaysia sejak tahun 2012 apabila menyahut cabaran untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 sebagai calon Pas bagi parlimen Jempol. Negeri Sembilan.

Lebih mengujakan, penyanyi bersuara lantang itu merupakan calon pertama pro pembangkang dalam kalangan selebriti yang bertanding pada PRU tersebut. Biarpun keputusan tidak memihak kepadanya, Aishah tetap berjaya meraih 22,495 undi. Dia tewas kepada calon Barisan Nasional dengan undi majoriti sebanyak 8,614.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI