AMPANG – Bunyi dentuman kuat seperti letupan bom sebanyak dua kali akibat kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2 di sini kelmarin telah mengejutkan penduduk sehingga mereka terpaksa lari keluar rumah untuk menyelamatkan diri. Dentuman kuat yang berlaku kira-kira pukul 5 petang itu berjaya mengelakkan lebih ramai mangsa terbunuh dan cedera dalam kejadian tersebut yang meragut empat nyawa akibat tertimbus di dalam tanah, manakala seorang lagi cedera ringan. Mereka yang maut ialah Chong Siew Kim, 85, E. Ramasamy, 58,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya