fbpx

Pemandu lori maut, polis cari saksi kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lori yang dipandu mangsa dalam kemalangan di sebuah stesen minyak Jalan Gasing di sini pagi tadi.

PETALING JAYA – Polis sedang mengesan saksi kemalangan jalan raya melibatkan seorang lelaki tempatan di stesen minyak Jalan Gasing di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7 pagi melibatkan sebuah lori jenis Hino.

“Siasatan awal mendapati, mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 54 tahun.

“Dipercayai lori tersebut bergerak sendiri semasa mangsa memasuki lori tersebut dan mengakibatkan mangsa terhimpit di antara lori dan dinding bangunan dan terjatuh di atas jalan.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, mayat mangsa di bawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan sebab kematian.

“Orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Khairil Helmi Mohamad Isa di talian 019-3318339 bagi membantu siasatan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI