fbpx

Langkawi dijangka terima 2.5 juta pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PULAU peranginan Langkawi dijangka mencatatkan jumlah pelancong memberangsangkan selepas pembukaan sempadan negara. – Gambar hiasan

ALOR SETAR – Langkawi dijangka mencatatkan kedatangan pelancong sehingga 2.5 juta ekoran pembukaan sempadan negara pada 1 April ini sekali gus menjana pendapatan sehingga RM900 juta sepanjang tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir berkata, sasaran itu realistik ekoran pintu sempadan buat pertama kali dibuka sejak Mac 2020.

“Sasaran dibuat oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan LTA dengan pembukaan pintu sempadan membolehkan le­bih ramai pelancong dari negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand datang ke Langkawi termasuk dari Asia Barat.

“Kita berterima kasih kepada kerajaan kerana membuat keputusan membuka pintu sempadan yang dilihat mampu menyema­rakkan pelancongan Langkawi,” katanya di sini semalam.

Negara membuka pintu sempadan pada 1 April selaras fasa peralihan endemik.

Tambah beliau, pembukaan sempadan juga dijangka memulih­kan semula ekonomi penduduk Langkawi yang bergantung industri pelancongan.

“Kita berharap ekonomi Langkawi akan pulih. Pendapatan yang diraih pada 2020 dan 2021 iaitu sepanjang pandemik cuma sekitar RM763 juta sahaja berbanding RM1.7 bilion pada 2019.

“Ketika itu Langkawi menca­tatkan kedatangan lebih 3.67 juta kedatangan pelancong.

“LTA percaya pelancong dari Singapura teruja untuk ke Langkawi kerana aktiviti eko-pelancongan dan pelancongan sukan. Sementara pelancong dari Indonesia pula dengan pelancongan kesihatan,” katanya.

Jelasnya, penggiat pelancongan di Langkawi juga kini sudah membuat pelbagai persiapan untuk menerima kedatangan pelancong berskala besar. Apabila gelembung pelancongan bermula semua sektor pelancongan di Langkawi sudah diaktifkan.

“Jadi kami semua sudah bersedia, namun begitu kita berharap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan memberi jaminan Langkawi tidak akan menjadi tempat penularan pandemik ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI