fbpx

Lebih 150 cerun di Gombak, Hulu Langat berisiko tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG – Lebih 150 cerun berisiko tinggi dilaporkan membabitkan daerah Gombak dan Hulu Langat susulan hujan lebat sejak Disember tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pemodenan Pertanian Selangor, Ir. Izham Hashim berkata, bagaimanapun, Taman Bukit Permai 2 adalah kawasan baru dan tidak tersenarai sebelum ini.

“Kita mendapati kesemua lokasi terbabit adalah tidak stabil, namun kita tidak kesan perkara itu di Taman Bukit Permai 2 sebagai kawasan berisiko.

“Ini kerana tiada langsung tanda-tanda serius di sini kerana terlindung oleh pokok-pokok yang tebal,” katanya ketika ditemui di sini.

Izham bercakap ketika sidang akhbar selepas membuat tinjauan di Taman Bukit Permai 2, hari ini.

Jelas Izham, pihaknya bersama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan berbincang bagi mengambil langkah susulan supaya insiden sama tidak berulang.

Mengulas lanjut berkenaan kejadian bongkah batu di pangsapuri Taman Bukit Permai pada Rabu lalu sebagai indikasi awal, Izham berkata, ia tidak semestinya menjadi punca kejadian di sini.

“Perkara itu perlu diteliti dari segi aspek geoteknikal bagi mencari punca kejadian.

“Kita akan uruskan kes cerun-cerun yang berisiko mengikut kategori berbahaya kerana ia memerlukan kos yang tinggi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI