fbpx

Australia perangi wabak JE selepas Covid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK beratur untuk mendapatkan suntikan vaksin JE di Yuncheng, China pada 14 Ogos 2006. - AFP

SYDNEY – Kerajaan Australia akan membeli vaksin tambahan bagi memerangi virus Japanese encephalitis (JE) bawaan nyamuk yang buat kali pertama merebak ke pantai timur negara berkenaan.

Wabak itu sebelum ini terhad di utara Australia yang mempunyai iklim tropika tetapi menular jauh ke selatan hingga ke Australia Selatan sejak akhir Februari lalu. Pihak berkuasa kesihatan menyatakan, sebanyak 16 orang disahkan dijangkiti JE dengan dua kematian direkodkan.

Seorang saintis tempatan berkata, lebih banyak hujan ekstrem menyebabkan bilangan nyamuk meningkat di timur Australia ketika negara itu berdepan suhu lebih panas dan lembap, akibat perubahan iklim dunia.

Tiada rawatan khusus untuk JE yang merebak melalui gigitan nyamuk.

Kurang daripada satu peratus mereka yang dijangkiti akan mengalami sakit teruk seperti encephalitis iaitu keradangan tisu otak, demikian menurut Kementerian Kesihatan Australia.

Simptom JE termasuk ketegangan otot leher, sakit kepala yang teruk dan koma, manakala kompilasi saraf lebih teruk tetapi jarang berlaku,  akan menyebabkan kematian.

Kementerian kesihatan dan pertanian Australia menyatakan, kerajaan akan melabur sebanyak AS$51 juta (RM213.7 juta) melibatkan langkah-langkah kawalan termasuk pemberian vaksin dan penambahbaikan pemantauan.

Vaksin JE itu akan diberikan kepada penduduk yang bekerja di kawasan mempunyai nyamuk dan babi kerana haiwan itu mudah dijangkiti.

Negeri-negeri Australia yang mengesahkan jangkitan JE termasuk New South Wales, Victoria dan Australia Selatan. Queensland juga berdepan penularan itu walaupun sebelum ini melaporkan hanya satu kes. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI