fbpx

Ain Husniza fail tuntutan balas terhadap bekas guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Seorang remaja perempuan yang sebelum ini disaman seorang guru lelaki berhubung gurauan isu rogol memfailkan tuntutan balas terhadap bekas gurunya itu.

Tuntutan balas tersebut difailkan di Mahkamah Sesyen Klang melalui firma guaman, Tetuan S.N. Nair pada 4 Mac lalu. Sesalinan dokumen tersebut diperoleh media hari ini.

Berdasarkan tuntutan balas tersebut, Ain atau nama sebenarnya, Nurain Husniza ,18, dan bapanya, Saiful Nizam Ab. Wahab ,43, menamakan bekas gurunya, Khairul Nizam Sanudin, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA), Sarimah Mohammed Nor dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Anismah M. Noh masing-masing sebagai defendan pertama
pertama hingga ketiga.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin dan kerajaan Malaysia yang merupakan defendan keempat dan kelima.

Ain Husniza dan bapanya selaku mendakwa menyatakan guru terbabit, Khairul Nizam telah memulakan pembelajaran bertajuk ‘Serangan Seksual Dan Kelakuan Aksi Seksual, Katakan Tidak Kepada Gangguan Seksual, Punca dan Kesan Gangguan Seksual’ kepada kesemua pelajar kelas 5 Fitrah sekolah berkenaan.

Menurut plaintif pertama (Ain Husniza) ia merupakan kali pertama kelas pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial (PEERS) diajar dengan mencampurkan kehadiran pelajar lelaki dan perempuan sedangkan kelas tersebut sebelum ini diasingkan mengikut jantina pelajar dan guru yang mengajar adalah dari jantina yang sama.

“Defendan pertama memulakan sesi pelajaran tersebut dengan memperkenalkan pelbagai bentuk gangguan seksual dan kemudiannya, Defendan Pertama dengan sengaja telah mengungkapkan beberapa pernyataan yang tidak sopan dan jenaka-jenaka lucah,” kata plaintif.

Walaupun Ain Husniza telah membuat laporan rasmi kepada guru kelasnya dan juga kaunselor sekolah, namun tiada tindakan diambil menyebabkan remaja terbabit dan bapanya membuat laporan polis.

Selepas insiden tersebut tular dan menarik perhatian ramai, Ain Husniza telah memutuskan untuk tidak ke sekolah terutamanya selepas dinasihatkan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Puncak Alam rentetan wujudnya ugutan rogol terhadap remaja terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI