fbpx

Monyet ‘King Kong’ belasah burung camar hingga mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Monyet di Zoo Chester membelasah burung camar sehingga mati. - Kennedy News

LONDON – Satu rakaman video memaparkan seekor monyet menghentak  burung camar pada sebatang tiang hingga mati menjadi tular di media sosial, lapor akhbar Metro News UK, semalam.

Video unik tersebut irakam oleh seorang lelaki, Bec Adamson ketika mengunjungi Zoo Chester bersama anak lelakinya, Dominic yang berusia lima tahun.

“Aksi monyet itu tidak ubah seperti adegan filem King Kong apabila haiwan itu memanjat tiang tinggi sebelum mencekup leher burung camar.

“Monyet itu kemudian menghentak burung itu pada tiang yang dipanjat selama sekitar lima minit sehingga burung itu  lembik dan mati,” kata Adamson.

Lebih mengerikan, monyet itu dengan bersahaja menjilat darah burung di tangannya sebelum mencampak bangkai itu ke bawah.

“Saya sangat terkejut melihat aksi ganas ini dan apa yang membimbangkan adalah anak saya seperti tidak terganggu dengan apa yang dilihatnya.

“Saya harap saya tidak membesarkan seorang individu yang terbiasa dengan keganasan,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI