fbpx

Rusia balas sekatan Barat dengan larangan eksport

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUSIA turut mengharamkan eksport peralatan kenderaan. - Getty

MOSCOW – Rusia menguatkuasakan larangan eksport ke atas sejumlah produknya sehingga hujung 2022 sebagai membalas sekatan Barat kerana tindakan Moscow menyerang Ukraine, lapor Badan Penyiaran British (BBC) kelmarin.

Larangan itu meliputi eksport peralatan telekomunikasi, alat perubatan, kenderaan, produk pertanian dan barangan elektrik serta hasil perhutanan seperti kayu.

Kementerian ekonomi berkata, langkah seterusnya mungkin termasuk menyekat kapal-kapal asing (Barat) daripada berlabuh di pelabuhan Rusia.

“Langkah ini adalah tindak balas munasabah terhadap sekatan yang dikenakan ke atas Rusia. 

“Larangan ke atas negara-negara yang melakukan ‘tindakan tidak mesra’ ini bertujuan untuk memastikan supaya fungsi sektor ekonomi utama di Rusia tidak akan terganggu,’’ jelas kementerian berkenaan.

Larangan eksport ke atas lebih 200 produk itu akan berkuatkuasa sehingga akhir tahun 2022. Kira-kira 48 negara dijangka terkesan akibat larangan Rusia itu  termasuk Amerika Syarikat (AS) dan  negara-negara Kesatuan Eropah (EU).

Kerajaan-kerajaan Barat mengenakan sekatan ke atas Rusia terutamanya terhadap pembelian minyak negara itu. Barat juga melaksanakan sekatan kelompok oligarki (elit) yang dilihat mempunyai hubungan rapat dengan Presiden Vladimir Putin.

Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin berkata bahawa larangan itu termasuk eksport barangan yang dihasilkan oleh syarikat asing yang beroperasi di Rusia termasuk kereta, gerabak kereta api dan kontena.

Langkah tersebut diumumkan ketika bekas presiden Rusia, Dmitry Medvedev memberi amaran bahawa aset milik syarikat Barat yang telah menarik diri dari Rusia boleh dirampas oleh kerajaan.

Banyak firma asing dilaporkan telah menarik diri atau menghentikan pelaburan di Moscow termasuk gergasi perindustrian dan perlombongan seperti Caterpillar, Rio Tinto, Starbucks, Sony, Unilever dan Goldman Sachs. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI