fbpx

Lelaki cuba seludup 50 cicak bertanduk dalam seluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bungkusan mengandungi biawak dan cicak eksotik yang cuba diseludup di sempadan AS- Mexico. - The Sun

WASHINGTON  – Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa Amerika Syarikat selepas mereka menemui  lebih 50 reptilia eksotik yang disembunyikan di dalam seluarnya,  membabitkan kes percubaan menyeludup, lapor akhbar Daily Star UK semalam.

Lelaki itu memandu trak  ke pos lintasan sempadan San Ysidro pada 25 Februari lalu dan diheret keluar untuk pemeriksaan tambahan, demikian menurut Kastam dan Perlindungan Sempadan (CPB) Amerika Syarikat (AS) dalam satu kenyataan.

Apabila anggota-anggota unit kawalan sempadan melakukan pemeriksaan badan ke atas warga California berusia 30 tahun itu, mereka menemui  52 reptilia hidup dimasukkan ke dalam jaketnya dan di bahagian pangkal paha.

“Penyeludup akan mencuba setiap cara yang mungkin untuk cuba dan mendapatkan produk mereka, manakala dalam kes ini, ia  adalah reptilia hidup,” kata Pengarah Operasi Lapangan CBP di San Diego, Sidney Aki.

Dia menambah bahawa dalam kes tersebut, penyeludup cuba menipu anggota-anggota  CBP untuk membawa haiwan ini ke AS tanpa menitik beratkan kesihatan dan keselamatan haiwan itu.

CPB merampas sembilan ekor ular dan 43 biawak bertanduk di mana sesetengah spesies itu dikategorikan sebagai terancam. Kesemua rampasan dianggarkan bernilai  AS$739,000 (RM4.08 juta). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI