fbpx

Banyak pasangan tak mampu sara anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOS sara hidup yang tinggi punca segelintir pasangan menyerahkan anak mereka kepada jagaan rumah perlindungan.

PETALING JAYA – Kesempitan hidup menjadikan pasa­ngan suami isteri mengambil keputusan ‘menyerahkan’ anak mereka kepada rumah perlin­dungan untuk dipelihara.

Situasi itu dikatakan telah lama berlarutan dan terdapat pusat jagaan yang menerima dua hingga tiga kanak-kanak dalam seminggu.

Pengurus sebuah pusat perlindungan di Johor yang dikenali sebagai Aien memberitahu, sehingga kini mereka mempu­nyai 65 penghuni di bawah kategori anak-anak asnaf dan terbiar berusia bawah 17 tahun.

Katanya, keadaan itu berlaku lebih lima tahun lalu de­ngan alasan pasangan tidak mampu untuk membesarkan anak mereka sebab miskin.

“Setiap minggu, antara dua hingga tiga penghuni baru termasuk bayi baru lahir.

“Lebih menyedihkan ada yang sanggup meninggalkan bayi mereka di kawasan luar rumah perlindungan dengan harapan pihak pengurusan sedar kehadiran anak kecil itu,” katanya semalam.

Tambah Aien, lebih menyedihkan nasib kanak-kanak itu apabila ibu bapa mereka hilang tanpa khabar berita yang pasti akan membuatkan nasib anak-anak ini lebih menderita apabila mahu berkahwin kelak.

Situasi sama turut dihadapi seorang pengusaha rumah perlindungan dikenali Mak, 65.

“Pendapatan bulanan mereka hanya cukup untuk hidup berdua (suami isteri), dengan adanya anak kecil yang perlu penjagaan rapi, kos susu dan keperluan lain membuatkan mereka terpaksa menyerahkan anak kepada orang lain.

“Ada juga kes melibatkan keluarga yang ramai anak dan kewangan mereka tidak dapat tampung kesemuanya lalu serahkan sebahagian anak yang masih kecil ke rumah perlin­dungan untuk dijaga,” kongsinya.

Kata Mak yang mempunyai rumah perlindungan di Batu Caves, dia meletakkan syarat kepada setiap keluarga yang mahu menyerahkan anak di rumah perlindungannya itu supaya menyediakan dokumen yang lengkap.

“Tujuannya bagi memudahkan urusannya dalam mendaftarkan anak-anak tersebut ke sekolah agar mereka tidak ke­tinggalan dalam pelajaran serta lain-lain urusan yang penting,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI