fbpx

Bulan Bahasa Kebangsaan antara cara raikan bahasa Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) ketika mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh bahasa di Putrajaya baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, Bulan Bahasa Kebangsaan merupakan antara cara yang akan digunakan kerajaan bagi meraikan bahasa Melayu di negara ini.

Menurutnya, beliau sebelum ini telah menegaskan bahawa kerajaan akan berusaha untuk memperkasakan bahasa kebangsaan.

“Saya telah mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh bahasa bagi memperhebatkan bahasa Melayu sebagai bahasa diplomasi.

“Antara perbincangan lain adalah buku-buku ilmu turut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, selain meraikan bahasa Melayu seperti Bulan Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini.

Tambah Ismail Sabri, beliau berharap agar bahasa Melayu terus diperkasakan dan kembali gah ke seantero dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI