fbpx

Jakim tunggu jawapan badan halal China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gegelang sotong yang diragui didakwa kononnya diperbuat daripada hirisan dubur atau usus babi.

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah pun menghubungi agensi pensijilan halal di China bagi menyemak kesahihan produk gegelang sotong negara tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad mengesahkan pihaknya kini menunggu maklum balas sebelum tindakan susulan isu berkenaan dilakukan.

“Jakim telah menghubungi Shandong Halal Certification Services (SHCS) bagi mendapatkan pengesahan berhubung sijil halal produk itu,” kata beliau menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di laman media sosial mesej mengenai gegelang sotong yang diragui didakwa orang ramai konon diperbuat daripada hirisan dubur atau usus babi.

Susulan itu pada 4 Mac lalu, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Datuk Hakimah Mohd. Yusof memaklumlan agensi itu menyiasat isu berkenaan yang dipercayai produk dari kilang di wilayah Shandong, China.

Mengulas lanjut, Idris memberi jaminan, Jakim bersama-sama Jabatan Agama Islam dari Perlis, Kedah dan Selangor telah mengambil tindakan awal ‘turun padang’ sebaik isu tersebut tular. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI