fbpx

Tanah Runtuh: Identiti semua mangsa dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa keluar seorang mayat yang tertimbus menggunakan trak polis dalam operasi cari dan selamat kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Bukit Permai 2, Ampang, di sini semalam. - FOTO: SHIDDIEQIIN ZON

AMPANG – Semua identiti mangsa telah dikenal pasti oleh pihak polis dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, proses pengecaman terhadap semua mangsa yang maut telah dilakukan oleh ahli keluarga masing-masing.

“Empat mangsa maut dikenali sebagai Chong Siew Kim,85, E. Ramasamy,58, A. Mahendran,36, dan Mohd. Saiful Ridzuan Ishak,37.

“Manakala mangsa cedera adalah Cheng Kim Cheng,85, ditempatkan di Hospital Ampang untuk rawatan susulan,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian di sini hari ini.

Tambahnya, proses bedah siasat terhadap semua mangsa maut kini masih dijalankan di Hospital Ampang.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI