fbpx

PRN Johor : Warisan bukan pencabar besar buat BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nasir (dua dari kanan) bertanyakan sesuatu kepada penduduk ketika melakukan kempen di sekitar Pasar Muafakat Sabah, Masai, Pasir Gudang, Johor hari ini.

PASIR GUDANG – Barisan Nasional (BN) tidak melihat Parti Warisan (Warisan) sebagai pencabar ketika gabungan itu bertekad untuk merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas dan DUN Johor Jaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor esok.

Penasihat UMNO Bahagian Semporna, Sabah, Datuk Seri Nasir Sakaran percaya sokongan masyarakat Borneo di kawasan tersebut akan berpihak kepada BN dan bukannya parti yang dilahirkan di Sabah itu.

Beliau berkata, sukar buat masyarakat Sabah di Parlimen Pasir Gudang ini untuk memberikan kepercayaan kepada parti baharu yang hanya mencuba nasib dalam arena politik di Johor ini.

“Warisan hanya mahu mencuba nasib sahaja, sebab itu mereka tidak meletakkan ramai calon, hanya enam sahaja yang disenaraikan kerana hendak tengok sejauh mana sambutan dalam kalangan rakyat Johor.

“Mereka mungkin menjangkakan dengan bertanding di kerusi DUN Permas dan DUN Johor Jaya, mereka mampu menarik undi masyarakat Sabah, saya yakin mereka tidak akan berjaya dalam hal ini.

“Seperti yang kita tekankan di sini, pengundi sabah di kawasan ini sudah begitu selesa di bawah kerana BN dan saya fikir ini adalah masa sesuai untuk membalas budi kepada BN dengan mengundi calon mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui mengadakan lawatan ke Pasar Muafakat Sabah, Masai, dekat sini hari ini.

Sejak dahulu lagi, bekas ADUN Senalang, Sabah itu berkata, masyarakat Borneo di negeri ini sudah banyak terhutang budi dengan kerajaan BN yang tidak pernah mengabaikan kebajikan mereka.

Kesannya, beliau berkata, terdapat penduduk Sabah di sini sudah menetap hingga 30 tahun di sini dan selesa setelah diberikan pelbagai kemudahan oleh pihak kerajaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI