fbpx

Tanah Runtuh: 3 mangsa tertimbus pada kedalaman lebih 1 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang, di sini semalam. - FOTO: MUHAMAD IQBAL ROSLI

AMPANG – Tiga daripada empat mangsa yang terkorban tertimbus pada kedalaman lebih satu meter dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang, di sini semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa ketiga, keeempat dan kelima dijumpai tertimbus pada kedalaman sekitar lebih satu meter setelah ditemui pasukan penyelamat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam kejadian semalam.

“Selepas menjumpai mangsa pertama dan kedua, kita dimaklumkan ada tambahan mangsa.

“Kita jumpa mangsa ketiga, keempat dan kelima, jadi operasi SAR kita selesai pada pukul 1.55 pagi.

“Ketiga-tiga mangsa itu kita dapati mereka tertimbus pada kedalaman sekitar lebih satu meter,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa pertama dan kedua telah dijumpai lebih awal di rumah nombor dua di lokasi kejadian pada pukul 6.53 petang.

“Seorang daripada mangsa telah meninggal dunia dan seorang lagi berjaya diselamatkan,” jelasnya.

Kata Norazam, seramai 127 anggota bomba dengan bantuan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), anggota Rela dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dikerahkan semalam sejurus kejadian bagi melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat.

“Pihak penyelamat akan terus ditempatkan di kawasan ini sebagai persediaan untuk sebarang kemungkinan ketika ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI