PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi negeri Selangor pagi ini.
MetMalaysia dalam laporannya berkata, keadaan di Selangor dijangka mengalami hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang melibatkan keseluruhan kawasan Kuala Selangor.
Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu diramal berlanjutan sehingga pukul 9 pagi nanti.
Jelasnya lagi, amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE