fbpx

F1: Uralkali tuntut kembali wang tajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENAJA Uralkali menuntut semula wang tajaan daripada pasukan F1 Haas yang bertindak menamatkan kerjasama berikutan tindakan pencerobohan Rusia terhadap Ukraine. – AFP

LONDON – Penaja utama pasukan Formula Satu (F1) Haas, Uralkali menuntut duit penajaan ke­seluruhan daripada pasukan milik Amerika Syarikat (AS) itu selain akan mengheret tindakan tidak profesional itu ke mahkamah antarabangsa.

Haas dikatakan membuat ke­putusan terburu-buru apabila menamatkan kerjasama serta-merta dengan Uralkali berikutan tindakan pencerobohan Rusia terhadap Ukraine.

Malah, Haas juga mengeluarkan serta-merta jenama Uralkali pada jentera VF-22 mereka ketika sesi ujian pramusim terakhir di Barcelona.

Selain itu, pemandu Rusia, Nikita Mazepin turut menerima tempias apabila digugurkan untuk bersama Haas dan Kevin Magnussen dipanggil menggantikan tempat tersebut menjelang aksi pembukaan Grand Prix (GP) Bahrain pada 20 Mac ini.

“Keputusan yang dibuat Haas adalah satu tindakan tidak munasabah dan kami percaya bahawa sukan sentiasa bebas daripada politik dan tekanan faktor luaran,” kata Uralkali dalam ke­nyataan semalam.

Dalam kenyataan tersebut, Uralkali turut berhasrat mengheret keputusan tersebut ke mah­kamah bagi menuntut pe­ngembalian dana yang telah disumbangkan sebagai penaja utama bagi musim 2022.

“Uralkali berhasrat untuk me­lindungi kepentingan sela­ras dengan prosedur undang-undang dan berhak untuk memulakan prosiding kehakiman, menuntut ganti rugi dan bayaran balik jumlah besar untuk musim 2022.

“Sebahagian besar pembia­yaan penajaan untuk musim 2022 telah pun dipindahkan ke­pada Haas. Ketika ini, Haas gagal melaksanakannya dan mena­mat­kan kontrak.

“Bayaran balik daripada Haas akan digunakan untuk menu­buhkan yayasan sokongan atlet We Compete As One,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI