fbpx

14 pemain JDT sertai Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAN-GON mengenal pasti kumpulan pemain untuk membentuk potensi menjadi teras kepada pasukan kebangsaan Malaysia.

KETUA Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon memangil 14 pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan di Stadium Nasional, Bukit Jalil selama lapan hari bermula Isnin hingga 22 Mac ini.

Menariknya, bekas pemain bawah 21 tahun Wolverhampton Wanderers, Nathaniel Shio Hong Wan yang kini beraksi bersama JDT juga dipanggil buat kali pertama untuk menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 selepas ini.

Bekas kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim juga kembali tersenarai dalam usaha memikat hati Pan-gon untuk beraksi menentang Filipina (23 Mac), Singapura (26 Mac) dan kelab Singapura, Albirex Niigata Singapore FC pada 28 Mac ini.

Nama-nama lain pemain JDT yang dipanggil ialah Farizal Marlias, Syahmi Safari, Aidil Zafuan Abd. Radzak, Shahrul Saad, Corbin Ong La’vere Lawrence, Syamer Kutty Abba, Nazmi Faiz Mansor, Arif Aiman Hanapi, Safawi Rasid, Akhyar Abdul Rashid, Mohamadou Sumareh dan Ramadhan Saifullah Usman.

“Setelah mengambil peluang menghadiri beberapa aksi liga sepanjang minggu, kami telah mengenal pasti kumpulan pemain untuk membentuk barisan berpotensi menjadi teras kepada pasukan kebangsaan Malaysia.

“Berdasarkan perlawanan liga, kami mengenal pasti hampir 70 pemain sebelum mengecilkan jumlah itu kepada pemain yang kami percaya sesuai dengan falsafah permainan dan rancangan taktikal,” kata Pan-gon.

Baki daripada senarai 30 nama yang tersenarai menyertai kem latihan antaranya seorang lagi pemain naturalisasi yang kini beraksi dengan kelab India, Odisha FC iaitu Liridon Krasniqi.

Dua lagi bintang Malaysia yang beraksi di Belgium iaitu Dion-Johan Cools (SV Zulte Waregem) dan Luqman Hakim Shamsudin (KV Kortrijk) turut tersenarai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI