fbpx

Lagu OTwo tembusi 40 radio Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN OTwo.

TAK pernah menduga, namun awal tahun 2022 membawa tuah dan rezeki kepada kumpulan OTwo apabila single terbaharu mereka berjudul Hitam mendapat perhatian luar biasa di negara jiran.

Lebih 40 buah stesen radio di republik tersebut memutarkan single Hitam yang dilancarkan secara rasmi di sana pada 1 Mac lalu.

Kejayaan yang diraih kumpulan dianggotai Anep, Alan dan Izan bukan biasa-biasa kerana selain diterima baik oleh pendengar negara jiran, lagu karya mereka juga diangkat di tanah air sendiri.

Single tersebut dipilih sebagai runut bunyi (OST) utama untuk telefilem berjudul Ayahku Adiwira terbitan Wan Det Production.

Bukan itu sahaja, single Hitam turut menjadi OST sisipan untuk sebuah naskhah terbitan Layar Consult Sdn. Bhd. berjudul Along. Kedua-dua naskhah berkenaan akan menemui penonton pada tahun ini.

PELUNCURAN single Hitam menjadikan tahun 2022 sebagai permulaan yang baik buat perjalanan karier OTWo. Mereka merancang melakukan siri jelajah di Indonesia selepas kes Covid-19 kembali melandai kelak.

Khianat

Lagu Hitam ditulis sendiri oleh Alan, manakala penulisan liriknya mendapat sentuhan ketiga-tiga anggota kumpulan.

Menyentuh tentang kisah di sebalik lagu tersebut, Hitam menyorot perjalanan kehidupan seseorang yang menanggung kesan perbuatan insan dipercayai.

Menurut Anep yang merupakan pemain dram OTwo, lagu berkenaan memiliki kekuatan dari segi penulisan lirik, susunan muzik yang unik dan kualiti bunyian tinggi.

“Dari segi susunan ‘strings’ juga memainkan peranan sangat penting untuk single ini.

“Hitam mendapat sambutan luar biasa di Indonesia kerana merupakan single pertama yang kami lahirkan dalam genre rock balada. Sebelum ini, ada lagu kami cuba menembusi pasaran sana, tetapi tidak menjadi.

“Dengan hampir 40 buah radio mempromosikan secara serentak di Indonesia, ini adalah sesuatu yang sangat luar biasa, sekali gus kami berpeluang membawa nama negara ke negara seberang,” katanya.

Melihat penerimaan memberangsangkan di negara jiran membuatkan pihak pengurusan OTwo berusaha membawa kumpulan itu terbang ke Indonesia bagi meluaskan lagi aktiviti promosi di sana.

“Harapan kami untuk bersaing secara sihat dalam industri muzik tanah air serta membawa nama Malaysia ke persada luar.

“Dengan pengalaman yang ada, kami yakin mampu mewarnai industri serta mengharumkan nama negara,” ujar Izan selaku vokalis kumpulan yang ditubuhkan pada 1997 itu.

Menyusun strategi dan pelan masa hadapan, kumpulan itu dalam perancangan meluncurkan single seterusnya pada Jun depan yang menampilkan gandingan Asheed daripada kumpulan Defgabc.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI