fbpx

‘Bayaran penuh dah dibuat pada hari dia digugurkan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas menjelaskan, pembayaran penuh sudah dibuat kepada pengacara sensasi, Azwan Ali yang digugurkan namanya sebagai hos Selasa lalu.

PETALING JAYA – Pembayaran penuh yang dituntut pengacara sensasi Azwan Ali untuk peranannya sebagai pengacara program realiti, Mic On! telah dibuat pada hari sama namanya digugurkan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas, pihaknya memandang serius tuduhan tidak berasas yang didedahkan pengacara terbabit berhubung isu digembar-gemburkannya.

“Pembayaran penuh untuk 10 minggu telahpun dibuat pada hari yang sama dia digugurkan iaitu pada Selasa, 8 Mac 2022 walaupun dia cuma melunaskan komitmen sebagai hos untuk tempoh enam minggu sahaja.

“Surat pemberitahuan rasmi mengenai penamatan khidmatnya juga telah dikeluarkan pada hari yang sama. Kami beranggapan, isu bayaran untuk program Mic On! sudahpun selesai dan tidak mahu memanjangkan lagi hal ini.

“Fokus utama kami sekarang adalah untuk menghabiskan program berkenaan yang masih berbaki empat minggu lagi,” kata Adam Ilyas menerusi satu kenyataan rasmi kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Tegasnya, mana-mana pihak seharusnya memahami amanah dan tanggungjawab sejajar pelantikan diberikan.

“Seperti yang ditegaskan sebelum ini, pihak Awesome TV tidak akan bertolak-ansur sekiranya terdapat mana-mana pihak yang melanggar etika kerja.

“Terutamanya yang melibatkan program-program terbitan kami kerana mereka seharusnya memahami amanah dan tanggungjawab yang datang bersama dengan lantikan mereka,” ujarnya lagi.

Disebabkan kepincangan yang berlaku, pihal Awesome TV akan menggunakan khidmat pengacara jemputan bagi menggantikan Azwan berbaki beberapa episod lagi yang akan diumumkan esok (Jumaat) pukul 9 malam.

“Dalam pada itu, pihak produksi juga turut merancang membawa masuk khidmat hos jemputan untuk digandingkan bersama hos sedia ada, Issey Fazlisham.

“Hal tersebut adalah bagi memeriahkan lagi konsert mingguan program berkenaan. Nantikan pengumuman rasmi dalam jangka masa terdekat ini. Mic On! bersiaran pada setiap hari Jumaat, 9 malam menerusi saluran Awesome TV di platform Astro 123 dan MyTV 112,” katanya.

Terdahulu, Azwan Ali atau lebih dikenali dengan gelaran Diva AA mendedahkan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang disebabkan pihak Awesome TV kerana belum melangsaikan hutang atau bayarannya yang masih tertunggak.

memaklumkan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak penyiar atau penerbit disebabkan masih belum melangsaikan hutangnya yang masih tertunggak.

“Bila-bila masa sahaja saya boleh ke balai polis dan menggunakan khidmat peguam saya. Selagi hutang saya tak bayar jangan terkejut kalau ini jadi kes polis,” katanya kepada media.

Terdahulu Awesome TV dalam satu kenyataan memaklumkan Azwan digugurkan sebagai pengacara program realiti Mic On! musim kedua (Mic On! 2) berkuat kuasa serta-merta pada Selasa (8 Mac)

Sehingga hari ini, punca sebenar Azwan digugurkan daripada program berkenaan masih menjadi tanda tanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI