fbpx

Anjing naik bas bersendirian pulang ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pepper ketika dirakam oleh salah seorang penumpang di dalam bas ketika mahu pulang ke rumah selepas sesat di taman. - Charlotte Jones

LONDON – Seekor anjing yang sesat di sebuah taman berjaya menemui jalan pulang selepas menaiki bas untuk kembali ke rumah tuannya tanpa bantuan sesiapa, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Anjing bernama Pepper itu keluar bersiar-siar di taman dengan ibu pemiliknya sebelum talinya terlepas ketika sedang bermain.

Pemilik Pepper, Charlotte Jones berkata, dia berusaha mencari anjingnya di taman itu selama dua jam sebelum beralih meminta pertolongan menerusi media sosial.

Tidak lama kemudian, Jones menerima panggilan dari seorang penumpang yang memberitahu Pepper berada dalam bas menghala ke kawasan kediaman wanita itu.

“Pepper berjalan sejauh 4.8 kilometer ke stesen bas di pusat bandar dan menunggu untuk menaiki bas No.7 iaitu bas yang melalui kawasan rumah kami.

“Saya dan Pepper memang selalu menaiki bas bersama-sama sebelum ini tetapi saya tidak sangka anjing ini akan mengingati rutin yang dilakukan bersama tuannya,” kata Jones.

Tambah Jones, penumpang yang menelefonnya memberitahu bahawa Pepper tahu lokasi tepat untuk berhenti dan terus melompat keluar sebaik tiba di destinasinya.

“Saya terkejut apabila pintu bas dibuka, Pepper menerpa ke arah saya. Ternyata saya memandang rendah kebijaksanaan haiwan peliharaan ini yang mampu mencari jalan pulang sendiri,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI