fbpx

Jutawan hartanah mahu lahirkan 10,000 usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jutawan hartanah, Mohamad Azlan Abdullah @ Ali (tengah) membawa perintis Seminar Usahawan Mukmin di Sungai Buloh, Selangor hari ini menaiki helikopter.

SUNGAI BULOH – Ikon usahawan muda, Mohamad Azlan Abdullah @ Ali, 33, yang kisah hidupnya pernah dibukukan dengan tajuk ‘Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan’ berhasrat membimbing dan melahirkan seramai 10,000 usahawan mukmin dalam tempoh lima tahun.

Mohamad Azlan yang juga peneraju syarikat Azlan Al Amin Properties Sdn. Bhd. berkata, beliau akan mengadakan Seminar Usahawan Mukmin di seluruh negara bermula bulan depan bagi merealisasikan hasrat tersebut.

“Bermula Oktober 2020 saya akan bergerak ke seluruh negara untuk memperkenalkan Seminar Usahawan Mukmin. Kita mahu mendidik, membimbing dan berkongsi kemahiran, kepakaran serta mencungkil bakat usahawan mukmin.

“Mereka tidak akan dikongkong berniaga bersama saya sebaliknya akan memberi tunjuk ajar kepada mereka berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya dalam bidang ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Mohamad Azlan yang pernah bekerja sebagai pengutip sampah sebelum berjaya dalam bidang perniagaan hartanah berkata, mereka yang mahu menyertai Seminar Usahawan Mukmin perlu menjadi ahli Koperasi Azlan Al Amin terlebih dahulu.

Menurut beliau, mereka kemudian layak menyertai seminar itu dengan bayaran serendah RM250, namun tiada kriteria ditetapkan kerana Seminar Usahawan Mukmin adalah terbuka kepada semua.

Terdahulu, beliau membawa 20 perintis Seminar Usahawan Mukmin terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk guru dan anggota pasukan keselamatan berusia antara 25 hingga 30 tahun menaiki helikopter.

“Saya membawa mereka menaiki helikopter hari ini sebagai pemacu semangat untuk menjadi orang berjaya dan cemerlang pada masa depan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI