fbpx

Murid makin terbeban, guru terus tertekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sistem persekolahan antara yang paling terjejas sepanjang pandemik Covid-19. - Gambar Hiasan
MOHD. RASDAN AHMAD
WARTAWAN EKSEKUTIF

PENDIDIKAN awal terutamanya di sekolah rendah di negara ini dilihat berhadapan dengan isu kurikulum yang banyak dan terlalu padat.

Jika dibandingkan dengan beberapa negara yang mempunyai sistem pendidikan lebih maju seperti Singapura, Jepun, Australia atau Finland, negara kita didapati mempunyai bilangan mata pelajaran lebih banyak.

Pakar-pakar pendidikan mendapati, beban mata pelajaran ini menyebabkan segelintir guru-guru dilihat tidak berupaya untuk me­lakukan lebih banyak aktiviti yang menyeronokkan dan mengembangkan potensi murid-murid mereka.

Pada masa sama, murid-murid sekolah rendah juga terbeban dengan kerja sekolah yang diberikan sekali gus telah meningkatkan kesan tekanan emosi dalam diri mereka sendiri.

Sepatutnya pendidikan sekolah rendah dipenuhi dengan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, aktif dan berupaya meningkatkan motivasi dan rasa ingin tahu murid-murid untuk terus belajar.

Ekoran situasi berkenaan, pengubal sistem pendidikan negara perlu memahami situasi negatif ini dan segera me­lakukan perubahan dengan me­lakukan reformasi kepada sistem pendi­dikan sekolah rendah.

Pakar Pendidikan dari Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, dicadangkan untuk tiga tahun pertama di sekolah rendah (tahap satu), sepatutnya empat matlamat pendidikan asas sahaja yang perlu dikuasai dengan baik oleh murid-murid.

“Pertama, kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (dilaksanakan dalam bentuk aktiviti tanpa buku teks) bagi mengukur pencapaian semua murid-murid dapat menguasai kemahiran 3M dengan baik sebelum tamat tahun enam sekolah rendah.

“Kedua, kemahiran komunikasi lisan dwibahasa yang dilaksa­akan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam bentuk aktiviti tanpa perlu buku teks bagi mengukur pencapaian semua murid fasih bertutur dalam dua bahasa sebelum tamat pendidikan sekolah rendah,” jelasnya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Tambah Anuar lagi, ketiga adalah bimbingan asas amalan agama, moral dan adab perlu dilaksanakan dalam bentuk akti­viti/bimbingan tanpa perlu buku teks bagi mengukur pencapaian pendidikan agama Islam murid-murid.

“Menerusi matlamat tersebut, murid-murid Muslim boleh melakukan ibadah wajib de­ngan sempurna. Misalnya, murid boleh mengerjakan solat lima waktu dengan tertib dan bacaan dalam solat yang baik serta memahami sepenuhnya ayat-ayat yang dibaca.

“Manakala matlamat keempat adalah bimbingan amalan kesihatan diri dan kecergasan jasmani yang dilaksanakan PdP dalam bentuk aktiviti tanpa perlu buku teks perlu diadakan bagi mengukur pencapaian semua murid normal mencapai tahap BMI ideal sebelum mereka tamat tahun enam sekolah rendah ke­cuali bagi murid yang mempu­nyai sebab sebaliknya,” ujarnya.

Sistem pendidikan negara bagi tahap satu sekolah rendah sepatutnya memberi fokus kepada empat matlamat utama ini.

Matlamat ini dilihat mampu memberi peluang kepada guru-guru merancang dan melaksanakan pengajaran secara aktiviti bebas yang menyeronokkan murid tanpa perlu bergantung pada penggunaan buku teks semata-mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI