fbpx

Premis proses ayam tanpa lesen diarah ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selain beroperasi tanpa lesen, premis berkenaan turut didapati kotor, menggajikan pekerja warga asing tanpa permit dan tidak mendapat suntikan taifoid.

KUALA LUMPUR – Sebuah premis yang dikesan menjalankan operasi pemprosesan ayam hidup ditutup serta merta selepas didapati beroperasi tanpa lesen dalam satu serbuan di Jalan Sungai Besi di sini awal pagi tadi.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu kenyataan berkata, operasi pemeriksaan dan penutupan premis berkenaan dilakukan dengan oleh 22 anggota dari Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar dan Jabatan Penguatkuasaan DBKL susulan aduan yang diterima daripada orang ramai.

“Serbuan pukul 2 pagi itu mendapati premis berkenaan telah menjalankan perniagaan memproses ayam hidup tanpa lesen yang dikeluarkan oleh DBKL malah turut menggajikan pekerja warga asing dari Bangladesh dan India.

“Susulan itu, sebanyak enam kompaun di atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan dan satu notis penutupan serta merta juga telah dikenakan kepada premis tersebut,” jelas kenyataan itu.

Tabah kenyataan itu, antara kesalahan yang dikesan dilakukan oleh premis terbabit adalah menjalankan perniagaan tanpa lesen, mengambil pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah bekerja di premis perniagaan dan air buangan disalurkan terus ke longkang awam.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati premis berkenaan membuat, menempatkan atau menumpahkan darah, air masin buangan cecair kotor atau lain-lain benda ke tempat awam, lantai serta dinding premis kotor dan berdaki hitam serta pengendali makanan gagal mendapatkan suntikan taifoid.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti perniagaan yang tidak mematuhi peraturan boleh menyalurkannya ke Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL berhampiran,” ujar kenyataan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI