fbpx

Gunung Merapi muntahkan abu sejauh 5 kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
eadaan Gunung merapi yang dirakam pada 5 Februari lalu. - Antara

JAKARTA – Gunung Merapi yang terletak di Jogjakarta dilaporkan meletus lagi sekitar pagi semalam dengan menghamburkan awan panas dan hujan debu sejauh lima kilometer dari puncaknya, lapor laman berita Suara Merdeka.

Menurut Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi (BPPTKG) letusan debu panas itu berlaku sebanyak 5 kali bermula tengah malam kelmarin.

“Debu haba longsoran direkodkan pada seismogram dengan amplitud maksimum 75 milimeter (mm) dalam tempoh maksimum 570 saat.

“Jarak luncuran adalah kira-kira lima kilometer ke tenggara. Arah mata angin ke barat laut,” kata Ketua BPPTKG, Hanik Humaida. .

Sementara itu, di Desa Tlogolele Kecamatan Selo Kabupaten Boyolali dan Desa Gantang Kecamatan Sawangan Kabupaten Magelang serta Kecamatan Dukun Kabupaten Magelang dilanda hujan abu.

Sehubungan itu, BPPTKG terus mengekalkan status Siaga atau Tahap III iaitu tahap berjaga-jaga dengan kemungkinan letusan dan pemindahan penduduk dari kawasan berhampiran. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI