fbpx

Isteri belasah suami guna topi keledar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita berkenaan memukul lelaki itu secara berterusan di tepi jalan. - Instagram/kabarnegri

JAKARTA – Aksi pertengkaran antara seorang lelaki dan wanita dipercayai pasangan suami isteri menjadi tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan si suami yang dipukul menggunakan topi keledar sehingga bajunya koyak, lapor laman Berita Hits hari ini.

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di wilayah Jawa Tengah itu,  mereka dilihat sedang berdiri di tepi sebatang jalan bersebelahan sebuah kawasan sawah padi.

Wanita berkenaan memegang sebuah topi keledar sebelum menghayunnya ke badan lelaki itu.

Lelaki itu  tidak melawan, sebaliknya hanya cuba mengelak daripada dipukul dengan menghalang menggunakan tangannya.

Wanita berkenaan bagaimanapun tidak mengendahkan keadaan itu dan terus membelasah lelaki tersebut menggunakan topi keledar pada anggota badan yang lain.

Video tersebut dirakam oleh seorang pemandu lain dari dalam keretanya yang kebetulan melalui kawasan tersebut ketika itu.

Sehingga kini, tiada sebarang penjelasan mengenai punca pertengkaran mereka. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI