fbpx

Kuota VTL Malaysia-Singapura ditambah mulai Isnin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kuota harian bagi penumpang dibawah inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL Darat) Malaysia-Singapura akan ditambah daripada 2,160 orang kepada 3,420 orang mulai 14 Mac ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, langkah ini akan membolehkan lebih ramai lagi penumpang dapat merentasi sempadan Malaysia-Singapura tanpa kuarantin dan lain-lain keperluan yang dikenakan sebelum ini.

“Keputusan ini diambil susulan pengumuman terdahulu yang meningkatkan kapasiti penumpang daripada 50 peratus kepada 100 peratus pada 16 Februari. Sehubungan itu, penjualan tiket bas untuk tambahan kuota harian ini akan bermula esok 11 bagi perjalanan mulai 14 Mac dan seterusnya.

“Pengendali bas yang ditetapkan Malaysia di Terminal Larkin di Johor Bahru akan terus mengendalikan VTL Darat ke Singapura ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, penumpang masih tertakluk kepada keperluan perjalanan VTL Darat sedia ada termasuk menjalani ujian pra-berlepas (PDT) dan ujian semasa ketibaan (OAT).

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, walaupun peralihan Malaysia ke fasa endemik akan bermula pada 1 April dengan beberapa kelonggaran protokol perjalanan, perjanjian VTL Darat dengan Singapura kekal berkuat kuasa sebagai perjanjian dua hala antara kedua-dua kerajaan untuk terus memastikan keselamatan yang lebih baik bagi perjalanan darat ke dan dari Tambak Johor.

Ujarnya lagi, perjanjian dua hala ini akan diteliti dari semasa ke semasa oleh kedua-dua negara dan sebarang keputusan akan dimaklumkan kelak. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI