fbpx

Washington tarik balik keizinan hantar jet pejuang untuk Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kirby memberi alasan pembatalan penghantaran jet pejuang adalah berkaitan keselamatan negara dan rakyat AS. - Google

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) membuat keputusan mengejutkan apabila menarik semula persetujuan membenarkan Poland menghantar jet pejuang MiG untuk askar Ukraine seperti yang dipersetujui pada minggu lalu.

Akhbar Daily Mail melaporkan bahawa jurucakap Pentagon, John Kirby memaklumkan alasan penarikan balik ‘lampu hijau’ itu adalah kerana faktor keselamatan.

“Kami memandang serius penilaian komuniti perisikan dan pandangan mereka berdasarkan maklumat yang mereka ada.

“Berdasarkan penilaian mereka,  Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin bersetuju bahawa penghantaran pesawat tempur  boleh disalah anggap oleh Presiden Vladimir Putin dan Rusia sebagai langkah campur tangan secara langsung dalam perang Ukraine,” kata Kirby

Tambahnya, penghantaran jet pejuang kepada Ukraine juga tidak memberi kebaikan kepada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan keselamatan negara serta rakyat AS.

Kirby berkata,  Austin berterima kasih kepada menteri pertahanan Poland yang juga sekutu NATO kerana mencari jalan untuk membantu Ukraine.

‘Namun begitu, Austin menegaskan bahawa kami tidak menyokong pemindahan pesawat pejuang tambahan kepada Tentera Udara Ukraine pada masa ini,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI