fbpx

Tarikh semakan tawaran ke sekolah khusus 2021 ditetapkan 15 Mac ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Tarikh semakan tawaran kemasukan tingkatan 1, tingkatan 4 dan tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) ke Sekolah Khusus Tahun 2022 adalah ditetapkan pada 15 Mac 2022.

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi satu kenyataan berkata, semakan tawaran boleh dilakukan melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my bagi kemasukan ke tingkatan 1 dan https://spskt4.moe.gov.my bagi kemasukan ke tingkatan 4 serta Tahun 1 SVM.

Menurutnya, tawaran kemasukan Sekolah Khusus ini melibatkan Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) bawah Kementerian Pertahanan.

“Pendaftaran secara dalam talian bagi murid baharu tingkatan 1 dan tingkatan 4 di SBP dan SMKA adalah pada 21 Mac 2022 hingga 25 Mac 2022.

“Manakala, pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu tingkatan 4 di SBP dan SMKA adalah pada 5 April 2022.

“Selain itu, pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu tingkatan 1 di SBP dan SMKA akan dimaklumkan oleh KPM,” katanya.

Katanya, pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu tingkatan 4 dan Tahun 1 SVM di SMT dan KV pula adalah pada 7 April 2022.

Jelasnya lagi, pendaftaran bagi murid baharu tingkatan 4 ke MTD akan dimaklumkan melalui laman sesawang http://www.rmc-education.edu.my/. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI