fbpx

PRN Johor : BN telah lepasi ‘garis penamat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad ketika hadir majlis ramah mesra di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Lukut, Kota Tinggi semalam.

KOTA TINGGI – Barisan Nasional (BN) yakin telah melepasi ‘garis penamat’ menjelang hari proses membuang undi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu ini.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, ia berikutan hasil analisisa diperolehi dari war room dan laporan yang ditimbal balik menyatakan BN mampu memperolehi 29 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

“Alhamdulillah bacaan dan anggaran saya buat, war room buat dan laporan-laporan kita timbal balik semua, setakat hari ini BN melepasi garis penamat tetapi dalam politik macam-macam boleh berlaku.

“Maka baki hari ini dan esok baki satu hari lagi untuk kita pastikan jentera terus dekati seramai mungkin pengundi agar kedudukan kita dapat diperkasakan dan diperkukuhkan lagi,”katanya kepada media selepas hadir majlis ramah mesra di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Lukut di sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Tenggara merangkap Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Seri Dr. Adham Baba, calon BN DUN Panti, Hahasrin Hashim, calon BN DUN Pasir Raja, Rashidah Ismail.

Mohamad berkata, jentera perlu bekerja lebih kuat lagi dalam tempoh dua hari ini sekiranya mahukan 38 kerusi meskipun BN telah mencapai garis penamat.

“Kalau 28 kerusi draw, 29 kerusi boleh tubuh kerajaan bila saya kata garis penamat dah lepas la tu, jadi nak nasi tambah sambal ke belacan kena kerja kuat lagi supaya yang penting dapat dua per tiga lagi selamat.

“Seperti di Melaka dah selamat aman tak ada kotak katik bahkan Melaka mencurah-curah banyak pelabur datang di Melaka.

“Ini yang kita nak bila pelabur datang orang muda dapat manfaat. Banyak pelabur datang buka industri, buka perniagaan mereka pun perlukan tenaga kerja maka peluang pekerjaan banyak terbuka untuk orang muda,”katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI