fbpx

Buruh mengaku curi mi segera, pakaian dalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diiringi anggota polis selepas mengaku mencuri pelbagai barangan termasuk mi segera dan pakaian dalam di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang buruh anak lima diperintahkan menjalani kerja khidmat masyarakat selama tiga bulan selepas mengaku salah mencuri mi segera dan pakaian dalam di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Mazana Sinin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd. Halim Harun, 52, yang membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah mencuri pelbagai barangan termasuk ubat gegat, mi segera, pakaian dalam dan masker kecantikan bernilai RM83.82 milik pasar raya Lotus Cheng kira-kira pukul 9.15 malam, 5 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh didapati telah beredar melepasi kaunter bayaran bersama 11 barangan milik pasar raya berkenaan yang disedari pembantu pengurus pasar raya tersebut.

Barangan itu dimasukkan ke dalam beg sandang sebelum tertuduh ditahan di pintu keluar pasar raya terbabit.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan hanya bekerja sebagai buruh dan perlu menanggung lima anak yang masih bersekolah, selain isteri tidak bekerja.

Katanya, tindakan itu dilakukan kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar semua barangan keperluan rumah berkenaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI